Produk dan servis

Ketahui tentang produk dan perkhidmatan Gabungan untuk Pertahanan & Keselamatan di Malaysia

Teknologi terbaru dan paling canggih

Antara pihak yang terlibat dalam kluster ini ialah peneraju teknologi pintar dalam sektor pertahanan dan keselamatan yang mereka khas beberapa aplikasi seperti sistem komunikasi tanpa wayar dan teknologi radar dan sensor.

Latihan dengan standard yang terbaik di peringkat antarabangsa

Akses yang pelbagai kepada maklumat dan pengetahuan terbaru selain fasiliti latihan paling moden: Kerajaan Belanda mempunyai program ‘train-the-trainer’, di mana beberapa konsultasi dan institusi pengajian mencipta khas program latihan kepada pengawal pantai dan tentera marin menggunakan teknik latihan taktikal dan ‘serious gaming’.

Rakan kongsi maklumat

Bersama dengan rakan-rakan sejawat di Malaysia, kami berhasrat untuk menyepadukan langkah penyelesaian yang baru dalam pertahanan dan keselamatan selain berkongsi kepakaran kami untuk menyelesaikan krisis yang bakal mendatang.

Triple Helix

Di Belanda, kami sentiasa berusaha untuk memperoleh kerjasama antara perniagaan, institusi pengetahuan dan kerajaan bagi membangunkan langkah penyelesaian bersepadu yang boleh memberikan hasil yang praktikal. Kami merujuk perkongsian ini sebagai model ‘triple helix’. Kami mendapati bahawa pelaksanaan model ini, di Malaysia misalnya, boleh memberi impak pada bukan sahaja pada peringkat tempatan tetapi juga pada peringkat global.

Naval Domain
Aerospace Domain
Land-based Domain
Cybersecurity Domain