Gabungan untuk Pertahanan & Keselamatan

Melindungi apa yang anda hargai. Bersama-sama dengan rakan sejawatan Malaysia, Belanda berusaha untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran dalam pertahanan dan keselamatan.  

Inisiatif Awam-Swasta dari Belanda

Belanda merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sejarah maritim yang kuat dan mendahului negara lain dari aspek pembangunan teknologi inovatif dalam sektor pertahanan dan keselamatan. Menerusi gabungan yang terdiri daripada pihak swasta, badan kerajaan dan institusi pengajian dari Belanda, mereka akan bekerjasama dengan rakan-rakan di Malaysia untuk mewujudkan penyelesaian keselamatan yang bersepadu.

Malaysia
Penyelesaian Keselamatan Bersepadu

Kluster perkongsian awam-swasta yang terlibat ini melengkapi antara satu sama lain dan menyumbang kepada penambahbaikan sektor pertahanan dan keselamatan dengan cara memberikan perkhidmatan, produk, kepakaran dan latihan pada piawaian tertinggi. Sebuah syarikat yang terlibat boleh memberikan penyelesaian berteknologi tinggi, manakala pihak lain yang terlibat pula boleh memberikan latihan yang diperlukan.

Inovasi Menerusi Kerjasama

Menggunakan pendekatan bersepadu, kluster ini berhasrat untuk mewujudkan kerjasama jangka panjang bersama syarikat-syarikat dan organisasi di Malaysia menerusi peluang perniagaan yang berkesan dan berdaya maju. Gagasan ini akan memberikan latihan dan menyumbang kepakaran bagi memastikan proses perniagaan pada takat optima di samping meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara dan ekonomi serantau.

Malaysia
Malaysia
Pendekatan Pertahanan Negara Belanda

Belanda menggunakan pendekatan polisi keselamatan yang menyeluruh yang lebih dikenali sebagai pendekatan 3D: Development (Pembangunan), Diplomacy (Diplomasi) dan Defense (Pertahanan). Kerangka kerja ini telah menunjukkan keberkesanannya dalam misi antarabangsa dan operasi pertahanan yang disertai negara Belanda.

Development (Pembangunan) merujuk kepada kerjasama badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membina asas ekonomi, sosial dan politik yang diperlukan bagi mewujudkan komuniti dan masyarakat yang stabil.

Diplomacy (Diplomasi) pula merujuk kepada komunikasi dan perundingan yang berlaku antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah dan membincangkan konflik yang ada menerusi saluran politik dan undang-undang.

Rakan Perniagaan Antarabangsa

The Coalition for Defense & Security in Malaysia di Malaysia merupakan inisiatif awam-swasta dan sebahagian daripada program ‘Rakan Perniagaan Antarabangsa’ (Partners in Business). Perkongsian ini melibatkan Netherlands Enterprise Agency yang merupakan sebuah agensi kerajaan dengan akses kepada rangkaian kedutaan di peringkat global, konsulat dan Netherlands Business Support Offices. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat perniagaan Belanda dan insitusi pengajian yang diwakili di sini, kerajaan Belanda merancang untuk membentuk pelan tindakan selama tiga tahun bagi Malaysia. Penyelarasan kluster ini akan dipertanggungjawabkan kepada NIDV.

Bersama dengan rakan sejawat di Malaysia, kerajaan Belanda akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi rakan perkongsian yang bersikap terbuka, berdaya cipta dan inklusif dalam mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran dalam pertahanan dan keselamatan.

Terokai lebih banyak lagi