Pengenalan rakan kongsi: Navtrain

Bajet sesetengah organisasi merupakan antara faktor utama yang menentukan kebolehan mereka. Perkara yang sama turut berlaku dalam sektor ketenteraan. Apabila Royal Netherlands Navy tidak boleh memberikan latihan ketenteraan laut kepada pihak tentera laut lain akibat pemotongan belanjawan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemindahan kapal kepada negara luar, ianya membuka ruang kepada Navtrain. Disebabkan mereka mempunyai kakitangan yang hampir kesemuanya bekas kakitangan tentera laut, mereka dapat mengambil peluang ini dan memberikan khidmat latihan yang sesuai.

Bagi pengarah pengurusan Kees Kuenen, mengambil Navtrain untuk terlibat dalam inisiatif Partners for International Business (PIB) di Malaysia dan Singapura diputuskan dengan mudah. Kuenen bukan setakat melawat Malaysia secara berkala untuk tujuan pemerolehan, namun beliau juga pernah tinggal di Malaysia selama tiga tahun.

Namun begitu, walaupun Kuenen telah mendapatkan rangkaian kenalan dalam kalangan tentera laut Malaysia, beliau menyatakan bahawa ia sukar untuk mendapatkan penglibatan Navtrain. Meskipun ada pelbagai minat dalam program latihan Navtrain, ianya menjadi semakin sukar untuk dapatkan sokongan secara rasmi dalam program tersebut sekiranya ia bukan sebahagian daripada program rasmi berskala besar atau diperlukan dengan segera.

Oleh sebab itu, menjadi sebahagian daripada PIB menjadi bermanfaat bagi Navtrain. Program antarabangsa yang disokong oleh kerajaan ini membolehkan Navtrain lebih mudah untuk berhubung dengan pembuat keputusan dan menerangkan kepada mereka manfaat program yang ditawarkan.

“Menjadi sebahagian daripada inisiatif yang disokong oleh kerajaan memberikan lebih banyak jaminan kepada pihak kami dan kami dapat melihat perbezaannya.”

Kuenen mengatakan, pada ketika ini, Navtrain sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian pihak yang sepatutnya. Syarikat mereka juga kini bercadang untuk membawa masuk rakan kongsi dari Belanda yang mempunyai kepakaran dalam simulasi dan teknologi pendidikan yang baru.

Beliau bukan sahaja menekankan kepentingan dalam memberikan latihan, tetapi juga dengan mendedahkan cara baru untuk belajar dan latihan kepada orang lain pada masa akan datang. Kerjasama dengan perniagaan tempatan juga ditekankan sebagai faktor penting bagi memastikan latihan dirangka khas dan memberi impak yang sekuat mungkin.

“Dengan kepakaran yang kami ada, teknologi rakan kongsi kami dan sedikit pengubahsuaian tempatan, kita boleh memperoleh pencapaian yang hebat bersama-sama.”

Walaupun Covid-19 telah menyebabkan aktiviti PIB sukar untuk dijalankan di Malaysia, Kuenen kelihatan senang dengan pelaksanaan PIB. Meskipun lawatan ke NEDS 2021 anjuran NIDV perlu dibatalkan akibat Covid-19, program ini telah diadaptasi dengan cepat dan Panglima Tan Sri Reza (Malaysian Chief of Navy) boleh melawat Navtrain pada bulan November. Menurut Kuenen, semasa lawatan Tan Sri Raza, mereka dapat melihat perkembangan yang bagus dan Panglima turut menanyakan lebih banyak maklumat selain mencadangkan program latihan.

Melihat pada perkembangan ini, Kuenen akui bahawa walaupun masih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh Navtrain, beliau teruja untuk melihat arah ia bakal pergi. Selain itu, mempertanggungjawabkan Fazilah Majeed sebagai pegawai perhubungan di kedutaan Belanda di Kuala Lumpur terbukti menjadi satu pelaburan yang baik.