Pengenalan rakan kongsi: BeDamCo

Jikalau pengalaman boleh memberikan kelebihan, BeDamCo pasti arif tentangnya. Syarikat ini menggunakan pengalaman dan pengetahuan kakitangan mereka untuk membantu dengan perkhidmatan konsultasi dan staf profesional bagi pengurusan projek pertahanan dan keselamatan. Tumpuan diberikan terutamanya kepada ketenteraan laut dan pengawalan pantai.

Meskipun sesetengah syarikat boleh menyatakan bahawa mereka antara penerima inisiatif partners in business (PIB) yang terawal, BeDamCo merupakan faktor pemacu di sebalik penciptaan PIB. Mereka telah bekerjasama dengan NIDV dalam menyasarkan rantau yang baru dan akhirnya membuat keputusan untuk bekerja dengan rantau Asia Tenggara, terutamanya Malaysia dan Singapura.

Menurut Pengarah Pengurusan BeDamCo, Nico van Dam, syarikat mereka mempunyai pengalaman yang meluas dalam perniagaan di rantau ini. BeDamCo telah bekerjasama dengan tentera laut Indonesia dan pengawal pantai Indonesia tentang konsep logistik untuk penyelenggaraan kapal-kapal dan kesediaan operasi. Mereka juga pernah melawat beberapa pameran pertahanan di Asia Tenggara. Langkah ini telah menyebabkan mereka mempunyai jumlah kenalan dan kontrak yang pelbagai di rantau ini.

van Dam menyatakan lagi, berdasarkan pengalaman, BeDamCo menyedari bahawa terdapat banyak minat di dalam latihan dan program yang menjadi pengkhususan syarikat mereka. Beliau juga memberitahu bahawa kerjasama mereka dengan klien ketenteraan laut dan pengawalan pantai adalah positif dan menunjukkan penambahbaikan yang signifikan.

“Kami teruja tentang kerja dan perkongsian kami di rantau ini: bekerjasama dengan tentera profesional, di mana mereka juga turut mempunyai skil yang tinggi, sentiasa menunjukkan minat untuk belajar dan berminat untuk mengambil contoh bagaimana sesetengah dilaksanakan di luar negara.”

van Dam menyatakan bahawa BeDamCo masih mempunyai beberapa projek dan peluang yang menarik di Indonesia. Beliau juga menyuarakan minat untuk mengambil lebih banyak peluang di Malaysia, namun Covid-19 telah menjadikan ianya lebih sukar. Berdasarkan pengalaman van Dam, bagi menjalankan perniagaan di Malaysia, ianya penting bagi mereka untuk berada di negara ini secara fizikal. Namun, disebabkan sekatan Covid-19, ianya menjadi lebih sukar untuk menganjurkan acara secara fizikal untuk PIB.

Walaubagaimanapun, van Dam kekal berminat. Beliau menerangkan bagaimana syarikat BeDamCo telah berusaha dengan keras untuk berhubung dengan semua pihak yang terlibat dengan PIB secara digital dan menyuarakan rasa minat untuk bertemu dengan mereka secara bersemuka setelah sekatan Covid-19 lebih longgar.